ENAKMEN 7 TAHUN 1991
ENAKMEN ACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH (NEGERI MELAKA) 1991

BAHAGIAN X - PERMOHONAN



Seksyen 70. Permohonan lisan.

(1) Mahkamah boleh dengan budibicaranya membenarkan mana-mana permohonan dibuat secara lisan dengan syarat pemohon itu mengemukakan permohonannya dalam Borang 8 yang ditetapkan dan setelah membayar fee sewajarnya untuk permohonan itu. Dalam hal yang demikian permohonan itu hendaklah dicatatkan oleh Mahkamah dan difailkan.

(2) Mahkamah boleh mengarah supaya notis mana-mana permohonan tersebut disampaikan kepada mana-mana pihak atau orang lain.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.