ENAKMEN 3 TAHUN 1997
ENAKMEN KANUN PROSEDUR JENAYAH SYARIAH 1997
BAHAGIAN VII - PERUNTUKAN TAMBAHAN
BAB 2 - DARIHAL PENDAKWAAN
Seksyen 184. Menggunakan Khidmat Peguam Syari.
(1) Dengan Kelulusan Majlis, seorang Peguam Syar'i boleh dilantik oleh Ketua Pendakwa Syar'i untuk menjalankan apa-apa pendakwaan, atau untuk hadir dalam mana-mana rayuan bagi pihak Ketua Pendakwa Syar'i.
(2) Peguam Syar'i yang dilantik di bawah subseksyen (1) hendaklah dibayar daripada wang awam apa-apa saraan sebagaimana yang dibenarkan oleh Majlis, dan semasa menjalankan pendakwaan atau rayuan itu Peguam Syar'i itu hendaklah disifatkan sebagai seorang pengkhidmat awam.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.