ENAKMEN 12 TAHUN 1994
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH 1994
BAHAGIAN I - KERELEVENAN
BAB 2 - QARINAH
Keputusan Mahkamah keadilan bila relevan
Seksyen 29. Kerelevenan sesuatu keputusan dalam bidang kuasa pengesahan wasiat dan sebagainya.
(1) Sesuatu keputusan, perintah atau dikri yang muktamad daripada Mahkamah yang layak menjalankan bidang kuasanya berkenaan dengan warisan, wasiat, atau hal-ehwal perkahwinan, yang memberi kepada atau melucutkan daripada seseorang sesuatu taraf di sisi undang-undang atau yang menetapkan seseorang berhak kepada taraf itu, atau berhak kepada sesuatu benda khusus adalah relevan apabila adanya taraf di sisi undang-undang itu atau adanya hak seseorang kepada sesuatu itu adalah relevan.
(2) Keputusan, perintah atau dikri itu adalah bukti muktamad-
(a) bahawa sesuatu taraf di sisi undang-undang yang terakru kepadanya pada waktu keputusan, perintah atau dikri itu mula berkuatkuasa;
(b) bahawa sesuatu taraf di sisi undang-undang yang seseorang ditetapkannya sebagai berhak adalah terakru berada bagi orang itu pada waktu ianya ditetapkan berada bagi orang itu oleh keputusan, perintah atau dikri itu;
(c) bahawa sesuatu taraf di sisi undang-undang yang dilucutkannya daripada seseorang terhenti pada waktu ianya ditetapkan telah terhenti atau akan tetap berhenti oleh keputusan, perintah atau dikri itu; dan
(d) bahawa sesuatu yang seseorang ditetapkan sebagai berhak adalah harta orang itu pada waktu ianya ditetapkan telah menjadi atau akan tetap menjadi harta orang itu oleh keputusan, perintah atau dikri itu.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.