ENAKMEN 5 TAHUN 1984
ENAKMEN ACARA SIVIL SYARIAH 1984
BAHAGIAN IX - PLIDING
Seksyen 57. Bentuk pembelaan.
Tiap-tiap pembelaan hendaklah-
(a)
sama ada mengakui atau menafikan tiap-tiap fakta-fakta tuduhan material di dalam pernyataan tuntutan. Penafian bukanlah untuk mengelak tetapi menjawab perkara matan;
(b)
menyatakan dengan ringkas apa-apa fakta baru yang digunakan oleh defendan melalui pembelian atau pengurangan ganti rugi;
(c)
membangkitkan dengan ringkas dan tanpa berhujah mana-mana perkara undang-undang yang perlu; dan
(d)
ditandatangani oleh defendan atau peguamnya.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.