ENAKMEN 4 TAHUN 1994
KANUN ACARA JENAYAH (SYARIAH) 1994

BAHAGIAN V - RAYUAN DAN PENYEMAKAN
BAB XVIII - DARIHAL RAYUAN KE MAHKAMAH RAYUAN SYARIAH



Seksyen 160. Keterangan dan laporan tambahan.

(1) Dalam menimbangkan apa-apa rayuan, Mahkamah Rayuan Syariah boleh, jika ia fikirkan keterangan tambahan adalah perlu, sama ada mengambil keterangan itu sendiri atau mengarahkannya supaya diambil oleh Mahkamah yang membicarakan.

(2) Apabila keterangan tambahan diambil menurut subseksyen (1) oleh Mahkamah yang membicarakan, ia hendaklah memperakukan keterangan itu, dengan suatu pernyataan pendapatnya mengenai kes itu yang dipertimbangkan dengan memberi perhatian kepada keterangan tambahan tersebut, kepada Mahkamah Rayuan Syariah, dan Mahkamah itu hendaklah sesudah itu terus menyelesaikan rayuan itu.

(3) Pihak-pihak dalam rayuan itu hendaklah hadir apabila keterangan tambahan diambil.

(4) Dalam menimbangkan mana-mana rayuan Mahkamah Rayuan Syariah boleh juga, jika ia fikirkan patut, memanggil dan menerima daripada Mahkamah yang membicarakan suatu laporan mengenai apa-apa perkara yang berkaitan dengan perbicaraan itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.