ENAKMEN 11 TAHUN 1988
ENAKMEN KAWALAN DAN SEKATAN PENGEMBANGAN AGAMA BUKAN ISLAM 1988

BAHAGIAN III - PENGUATKUASAAN DAN PELBAGAI



Seksyen 13. Kuasa untuk menyiasat.

(1) Mana-mana pegawai bertauliah hendaklah mempunyai kuasa untuk menyiasat mana-mana kesalahan yang dilakukan di bawah Enakmen ini.

(2) Setiap orang yang dikehendaki oleh seorang pegawai bertauliah untuk memberi mana-mana maklumat atau untuk menunjukkan mana-mana dokumen atau artikel yang lain berkaitan dengan kesalahan yang dilakukan yang di dalam kuasa orang itu untuk memberi adalah diwajibkan di sisi undang-undang untuk memberi maklumat atau menunjukkan dokumen atau artikel yang lain itu.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.