ORDINAN 5 TAHUN 1991
ORDINAN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM 1991
BAHAGIAN VIII - PELBAGAI
Kesahtarafan Anak
Seksyen 120. Pengakuan lain daripada sebagai anak, ibu atau bapa.
Jika seseorang mengakui seorang lain sebagai seorang keluarga, selain daripada sebagai seorang anak, ibu atau bapa, maka pengakuan itu tidak boleh menyentuh mana-mana orang lain melainkan orang lain itu mengesahkan pengakuan itu.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.