ENAKMEN 5 TAHUN 2005
ENAKMEN WAKAF (NEGERI SEMBILAN) 2005
BAHAGIAN II - MAJLIS SEBAGAI PEMEGANG AMANAH TUNGGAL
Seksyen 8. Perakuan Mawquf.
(1) Majlis hendaklah mengeluarkan suatu Perakuan
Mawquf
bagi apa-apa
mawquf
yang didaftarkan di bawah seksyen 6 dan 7.
(2) Perakuan
Mawquf
hendaklah menjadi keterangan
prima facie
di dalam mana-mana Mahkamah Syariah atau Mahkamah Sivil tentang kesahan wakaf tanpa bukti selanjutnya.
(3) Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini yang boleh menjadikan tidak sah apa-apa wakaf, sama ada didaftarkan atau tidak, yang berkenaan dengannya Perakuan
Mawquf
telah tidak dikeluarkan.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.