ENAKMEN 2 TAHUN 2001
ENAKMEN PENTADBIRAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM (TERENGGANU)

BAHAGIAN II - MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT MELAYU DAN PELANTIKAN PEGAWAI-PEGAWAI



Seksyen 23. Tindakan dalam hal yang perlu disegerakan.

(1) Dalam apa-apa hal yang perlu disegerakan, Yang Dipertua boleh, melakukan atau mengarahkan supaya dilakukan bagi pihak Majlis apa-apa tindakan atau perkara yang boleh dilakukan dengan sah melalui ketetapan Majlis.

(2) Jika apa-apa tindakan atau perkara dilakukan menurut subseksyen (1), suatu mesyuarat Majlis hendaklah diadakan dalam masa tujuh hari selepas itu bagi maksud meratifikasikan dan mengesahkan tindakan atau perkara yang dilakukan itu; dan jika Majlis enggan meratifikasikan dan mengesahkan tindakan atau perkara yang dilakukan itu, Duli Yang Maha Mulia Sultan boleh memberikan apa-apa arahan berkenaan dengannya sebagaimana yang difikirkannya patut.





Copyright PNMB-LawNet. All rights reserved.