ENAKMEN 14 TAHUN 1978
ENAKMEN PENTADBIRAN IGAMA ISLAM 1978


JADUAL PERTAMA

(Seksyen 6)

1. Lantikan mana-mana ahli-ahli Majlis putuslah:

2. Duli Yang Maha Mulis Sultan boleh tanpa memberi apa-apa sebab membatalkan lantikan mana-mana ahli Majlis:

3. Jika sekiranya sebab ketiadaan sementara ataupun sebab keuzuran mana-mana ahli, maka Duli Yang Maha Mulia Sultan boleh melantik gantinya bagi sementara. Lantikan sementara itu akan putus apabila ahli yang digantikannya itu memberi kenyataan kepada Raja-dalam-Mesyuarat itu balik membuat kewajipan pekerjaannya.

4. Segala surat-surat perjanjian dan lain-lain surat yang berkehendakkan Meteri Majlis hendaklah dicap dengan Meteri Majlis iaitu di hadapan Yang Dipertua dan hendaklah tiap-tiap surat yang tersebut yang telah dicap dengan Meteri Majlis itu ditandatangi oleh pegawai yang tersebut dan tandatangan yang tersebut itu telah sempurna dan betul dibubuh dan dicap itu ialah Meteri yang sah bagi Majlis itu.

5. (1) Menteri Majlis tiada boleh digunakan melainkan pada menjalankan ketetapan mesyuarat Majlis dan hendaklah disimpan oleh Yang Dipertua, yang menjadi Ketua Pegawai Kerja Majlis.

(2) Mana-mana surat yang berkehendakkan Meteri Majlis hendaklah dicap di hadapan Yang Dipertua dan dua orang ahli Majlis dan hendaklah mereka itu menurunkan tandatangan menjadi saksi. Tandatangan yang semacam itu memadailah untuk menjadi keterangan iaitu Meteri Majlis telah dicapkan dan Meteri itu ialah Meteri Majlis supaya sah pada undang-undang.

(3) Surat-surat yang tersebut berikut hendaklah dibuat dengan menggunakan Meteri Majlis:

6. (1) Pengerusi itu hendaklah mengetuakan dalam persidangan-persidangan mesyuarat bagi Majlis itu dan semasa ketiadaannya ahli-ahli Majlis boleh melantik salah seorang daripada mereka untuk mempengerusikan mesyuarat itu.

(2) Persidangan-persidangan mesyuarat bagi Majlis itu hendaklah diadakan sekurang-kurangnya sekali dalam enam bulan pada masa dan tempat bagaimana yang ditetapkan oleh Pengerusi dari satu ke satu masa.

7. (1) Setiausaha itu hendaklah mengeluarkan pemberitahu bagi sebarang mesyuarat dengan bertulis kepada tiap-tiap ahli sekurang-kurangnya tujuh hari sebelum diadakan mesyuarat yang tersebut itu tetapi dalam perkara yang mustahak bolehlah Pengerusi menanggalkan peraturan pemberitahu yang demikian itu.

(2) Sekiranya didapati tiada kelapangan mengadakan mesyuarat pada sebarang hari yang ditetapkan kerana itu maka bolehlah Majlis itu ditangguhkan kepada apa jua hari dan waktu yang akan ditetapkan oleh Pengerusi. Adapun tarikh bagi mesyuarat yang ditangguhkan itu dikecualikan peraturan pemberitahu itu telah ditanggalkan oleh pengerusi di bawah perenggan kecil (1) bagi perenggan ini hendaklah diutuskan kepada tiap-tiap ahli dengan pemberitahu yang bertulis dikeluarkan oleh Setiausaha tidak kurang daripada tiga hari yang mula-mula sekali ditetapkan bagi mesyuarat yang tersebut itu.

8. Sekiranya kurang daripada enam orang ahli-ahli selain daripada Pengerusi yang hadir dalam sebarang mesyuarat bagi Majlis itu maka tidaklah boleh pekerjaan mesyuarat itu djalankan tetapi bolehlah mesyuarat itu ditangguhkan pada suatu tarikh yang lain dan hendaklah dikeluarkan pemberitahu yang demikian itu menurut perenggan kecil (1) bagi perenggan 7 dikecualikan peraturan pemberitahu itu ditanggalkan oleh Pengerusi.

9. Tiap-tiap cadangan yang dibawa kepada Majlis itu hendaklah semata-mata berkenaan dengan perkara-perkara Igama atau dengan perjalanan-perjalanan mesyuarat bagi Majlis itu dan hendaklah dibawa kepada Majlis itu dengan jalan rundingan dan tidaklah boleh dibawa kepada Majlis itu melainkan hendaklah pemberitahu yang demikian itu dengan bertulis dihantarkan kepada Setiausaha sekurang-kurangnya empatbelas hari sebelum diadakan mesyuarat yang hendak dibawa kepadanya cadangan itu.

10. (1) Setiausaha itu hendaklah menyimpan minit-minit bagi semua perjalanan-perjalanan mesyuarat bagi Majlis itu.

(2) Dalam tiap-tiap mesyuarat bagi Majlis itu minit-minit bagi semua perjalanan-perjalanan mesyuarat yang lepas hendaklah disahkan dengan ada pindaan atau tiada mana-manalah sahaja menurut keputusannya sebelum dijalankan pekerjaan lain bagi Majlis itu.

(3) Dengan seberapa segera yang boleh lepas tiap-tiap mesyuarat satu salinan minit mesyuarat hendaklah disembahkan kepada Duli Yang Mulia Sultan. Jika pada masa mengesahkannya minit itu dipinda, Duli Yang Maha Mulia Sultan hendaklah diberitahu dengan serta merta akan apa-apa pindaan yang dibuat itu.

11. (1) Setiausaha hendaklah menghantar satu salinan minit-minit mesyuarat kepada tiap-tiap ahli tidak lewat daripada empatbelas hari setelah diadakan mesyuarat yang tersebut itu.

(2) Minit-minit itu hendaklah mengandungi nama ahli-ahli yang hadir dan segala keputusan bagi Majlis itu dan hendaklah ditandatangani oleh Pengerusi setelah disahkan oleh Majlis itu.

(3) Dalam berbelahbagi Majlis itu pada keputusannya maka hendaklah dimasukkan sekali dalam minit-minit itu bilangan ahli-ahli yang mengundi bersetuju dan tidak bersetuju dengan perkara itu atau yang tidak mengundi serta nama ahli-ahli yang mengundi atau yang tidak mengundi itu.

12. (1) Pengerusi hendaklah menetapkan tertib perkara-perkara yang hendak dimesyuaratkan.

(2) Pengerusi boleh menetapkan tertib ahli-ahli yang hendak berucap dalam mesyuarat dan boleh pada bila-bila masa menyuruh mana-mana ahli berhenti daripada berucap di dalam mesyuarat.

13. Tiap-tiap keputusan dan ketetapan mesyuarat bagi Majlis itu hendaklah dijalankan dengan suara yang lebih ramai daripada ahli-ahli yang hadir dan dengan berundi. Pengerusi tidak boleh mengundi melainkan apabila ada undi-undi suara yang sama banyak bilangannya maka yang demikian itu hendaklah ia menggunakan undi pemutus dan apa-apa keputusannya atau ketetapannya hendaklah dijalankan menurut demikian itu.

14. Satu salinan daripada mana-mana ketetapan yang diakui sah oleh Setiausaha sebagai salinan yang sebenar adalah memadai bagi menerangkan hal itu dan semua Mahkamah hendaklah mengambil pandangan di atas tandatangan Setiausaha itu.

15. Di dalam perkara-perkara yang tergempar, selepas berunding dengan Menteri Besar atau jika ia tiada dengan Setiausaha Kerajaan, maka Pengerusi boleh membuat atau suruh membuat bagi pihak Majlis apa-apa perbuatan atau perkara yang diagak sah boleh dibuat dengan ketetapan mesyuarat Majlis:

Dengan syarat dalam perkara yang semacam ini hendaklah dikemukakan untuk pengetahuan Majlis dalam mesyuarat yang akan datang.

16. (1) Meteri Majlis hendaklah mengandungi apa-apa tanda yang diluluskan oleh Majlis dan meteri itu boleh dari semasa ke semasa dipecahkan, ditukar, diubah atau diperbaharui oleh Majlis sebagaimana yang difikirkannya patut.

(2) Sehingga suatu meteri diadakan oleh Majlis suatu cap mengandungi perkataan "Majlis Igama Islam Negeri Johor" boleh digunakan dan hendaklah disifatkan sebagai meteri Majlis.

(3) Meteri atau cap di bawah perenggan kecil (2) hendaklah disimpan dalam jagaan Yang Dipertua dan hendaklah disahkan olehnya atau oleh mana-mana pegawai yang diberikuasa oleh Majlis secara bertulis dan semua suratikatan, dokumen dan lain-lain suratcara yang berupa sebagai dimeterikan dengan meteri tersebut dan disahkan seperti tersebut di atas hendaklah disifatkan sebagai telah disempurnakan dengan sah sehingga dibuktikan sebaliknya:

Dengan syarat bahawa apa-apa dokumen atau suratcara yang jika disempurnakan oleh seseorang yang bukan suatu pertubuhan perbadanan tidak dikehendaki dimeterikan boleh dengan cara demikian disempurnakan oleh Majlis; dan mana-mana dokumen atau suratcara itu boleh disempurnakan bagi pihak Majlis oleh mana-mana pegawai atau penjawat Majlis yang diberikuasa secara am atau khas oleh Majlis bagi Maksud itu.

(4) Meteri Majlis hendaklah diberi pengiktirafan rasmi dan kehakiman.

17. Maka bolehlah dibayar kepada tiap-tiap seorang ahli Majlis, apa-apa elaun, termasuk elaun perjalanan dan elaun hidup, sebagaimana yang ditetapkan oleh Majlis dari semasa ke semasa tertakluk kepada had-had dan syarat-syarat sebagaimana yang dikenakan oleh Raja-dalam-Mesyuarat.

18. (1) Seseorang ahli Majlis yang mempunyai atau memperolehi, secara langsung atau secara tak lansung dengan sendirinya, melalui kongsi atau ejennya:

hendaklah menzahirkan kepada Majlis apakah sebenarnya dan takat syer atau kepentingannya. (2) Penzahiran yang dikehendaki supaya dibuat oleh seseorang ahli di bawah perenggan kecil (1) hendaklah dibuat dengan cara bertulis pada sesuatu mesyuarat Majlis di mana apa-apa persoalan berhubung dengan kontrek, perolehan, pembelian, pajakan, urusan, projek atau sekim itu mula-mula dipertimbangkan atau seberapa awal yang boleh, selepas syer atau kepentingan itu diperolehi.

(3) Bagi maksud perenggan ini, suatu notis am secara bertulis yang diberi kepada lain-lain ahli oleh seseorang ahli menyatakan bahawa ia adalah seorang ahli sesuatu syarikat atau firma tertentu dan bahawa ia hendaklah dianggap sebagai mempunyai kepentingan dalam sesuatu kontrek yang mungkin, selepas tarikh notis itu, dibuat dengan atau oleh syarikat atau firma itu, hendaklah disifatkan sebagai suatu penzahiran yang cukup mengenai kepentingan berhubung dengan mana-mana kontrek yang dibuat sedemikian:

Dengan syarat bahawa notis itu tidak mempunyai apa-apa kuatkuasa melainkan jika sama ada notis itu telah diberi di sesuatu mesyuarat Majlis atau ahli yang berkenaan mengambil langkah-langkah yang menasabah untuk mempastikan bahawa notis itu dikemukakan dan dibaca di mesyuarat Majlis yang berikutnya selepas notis itu diberi.

(4) Tiap-tiap penzahiran yang dibuat menurut perenggan ini hendaklah dicatitkan dalam minit mesyuarat di mana notis dibuat atau dibaca.

(5) Seseorang ahli tidak boleh mengundi mengenai sesuatu ketetapan atau soal berhubung dengan sesuatu kontrek, perolehan, pembelian, pajakan, urusan, projek atau sekim yang dalamnya ia ada mempunyai apa-apa syer atau kepentingan, sama ada atau tidak ia telah menzahirkan syer atau kepentingan itu, dan ia tidak boleh mengambil bahagian dalam apa-apa pertimbangan (kecuali apabila dijemput oleh Majlis) atau keputusan berhubung dengannya atau dengan apa-apa perkara yang bersampingan dengannya, dan jika ia mengundi maka undinya tidak boleh dikira, dan ia tidak boleh dikira sebagai hadir untuk koram di mesyuarat itu, bagi maksud ketetapan atau soal itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.