ENAKMEN 1 TAHUN 1991
ENAKMEN PENTADBIRAN HUKUM SYARA' NEGERI SEMBILAN 1991

BAHAGIAN V
Kewangan



Seksyen 56. Wakaf dan nazr.

(1) Apabila, selepas berkuatkuasanya Enakmen ini seseorang Islam meninggal dunia dalam keadaan, menurut syarat-syarat Hukum Syarak, hartanya akan terserahhak, atau kena dibayar kepada Baitulmal, maka harta simati itu, hendaklah menurut peruntukan-peruntukan tersebut terletakhak kepada Majlis dan tertakluk kepada subseksyen (2) seksyen 55 menjadi sebahagian daripada Baitulmal.

(2) Walau apapun peruntukan yang berlawanan yang terkandung dalam mana-mana suratcara atau perisytiharan yang mewujudkan, mengawal atau menyentuh perkara itu, Majlis hendaklah menjadi pemegang amanah yang tunggal bagi semua wakaf sama ada wakaf am atau wakaf khas, semua nazr am, dan semua amanah daripada segala perihal yang mewujudkan apa-apa amanah khairat bagi menyokong dan memajukan agama Islam atau bagi faedah orang-orang Islam mengikut Hukum Syarak, setakat mana harta yang tersentuh olehnya dan yang terletak di dalam Negeri Sembilan dan, jika pembuat penyelesaian harta itu atau orang-orang lain yang mewujudkan amanah, wakaf atau nazr am itu berdomisil di Negeri Sembilan, setakat mana harta yang tersentuh olehnya di mana jua harta itu terletak.






Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.