ENAKMEN 3 TAHUN 2002
ENAKMEN PENGAWALAN SEKOLAH-SEKOLAH AGAMA ISLAM (MELAKA) 2002

BAHAGIAN VII - PELBAGAI



Seksyen 29. Kuasa untuk mengecualikan.

Majlis boleh, jika difikirkannya wajar dan demi kepentingan sesuatu sekolah agama atau demi kepentingan murid atau awam, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, mengecualikan sekolah agama itu daripada semua atau mana-mana peruntukan Enakmen ini, kecuali peruntukan tentang pendaftaran, sama ada secara mutlak atau tertakluk kepada apa-apa syarat yang difikirkannya patut dikenakan, dan boleh pada bila-bila masa menurut budi bicaranya membatalkan pengecualian itu atau mengubah atau menambah syarat-syarat itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.