ENAKMEN 7 TAHUN 1999
ENAKMEN WAKAF (NEGERI SELANGOR) 1999

BAHAGIAN VIII - KUASA-KUASA MAJLIS



Seksyen 32. Majlis sebagai pemegang amanah tunggal.

Walau apa pun apa-apa jua peruntukan yang terkandung dalam mana-mana suratcara atau perisytiharan yang mewujudkan, mengawal atau menyentuh sesuatu wakaf, Majlis hendaklah menjadi pemegang amanah tunggal bagi semua wakaf, sama ada am atau khas, yang terletak di dalam Negeri Selangor.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.