ENAKMEN 3 TAHUN 1994
ENAKMEN KETERANGAN (MAHKAMAH SYARIAH) 1994
BAHAGIAN II - BUKTI
BAB V - KETERANGAN DOKUMENTAR
Anggapan tentang Dokumen
Seksyen 63. Anggapan mengenai ketulenan salinan diperakui.
(1) Mahkamah hendaklah menganggap sebagai tulen tiap-tiap dokumen yang berupa suatu perakuan, salinan diperakui atau lain-lain dokumen yang ditetapkan oleh undang-undang boleh diterima sebagai keterangan mengenai sesuatu fakta yang tertentu dan yang berupa sebagai diperakui oleh mana-mana pegawai Kerajaan di dalam atau di luar Malaysia yang diberikuasa memperakuinya:
Dengan syarat bahawa dokumen itu adalah seberapa bolehnya dalam bentuk dan berupa sebagai disempurnakan mengikut cara yang diarahkan oleh undang-undang bagi maksud itu.
(2) Mahkamah hendaklah juga menganggap bahawa mana-mana pegawai yang olehnya sesuatu dokumen itu berupa sebagai ditandatangani atau diperakui telah memegang, pada masa dia menandatanganinya, jawatan rasmi yang dia nyatakan di dalam dokumen itu.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.