ENAKMEN 8 TAHUN 1990
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH 1989

BAHAGIAN III - PENGEMUKAAN DAN NATIJAH KETERANGAN
Bab VIII - PEMERIKSAAN SAKSI-SAKSI



Seksyen 89. Bila saksi perlu diperiksa.

Apabila saksi-saksi selesai memberi syahadah Kadi hendaklah menyoalnya, bagi mempastikan kebenaran syahadah saksi-saksi tersebut.

Huraian
-

Jika Kadi berkata kedua-dua saksi-saksi tidak bercakap benar atau kedua-dua saksi-saksi itu adil tetapi saksi-saksi tersebut telah melakukan kesalahan-kesalahan dalam keterangan mereka atau saksi-saksi itu lupa fakta-fakta atau, katanya kedua-dua saksi-saksi itu adil tetapi mereka menafikan dakwaan tersebut, Kadi tidak boleh memberi keputusan, kecuali terlebih dahulu mempastikan saksi-saksi tersebut bersifat adil atau sebaliknya dengan pemeriksaan terbuka di dalam Mahkamah atau secara rahsia.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.