ENAKMEN 10 TAHUN 1993
ENAKMEN PROSEDUR JENAYAH SYARIAH 1993

BAHAGIAN IV - PROSIDING PENDAKWAAN
BAB VIII - ADUAN KEPADA HAKIM



Seksyen 73. Penangguhan pengeluaran proses Mahkamah.

Jika Hakim ada keraguan yang munasabah di atas kebenaran sesuatu aduan mengenai suatu kesalahan yang dia berkuasa mengambil ketahui, dia boleh, apabila pengaduan itu telah diperiksa, merekodkan sebabnya dia meragui kebenaran aduan itu dan kemudiannya boleh menangguhkan pengeluaran proses Mahkamah bagi memaksa kehadiran orang yang diadukan itu dan sama ada menyiasat hal itu sendiri atau mengarah seorang Pegawai Penguatkuasa Agama membuat siasatan bagi maksud menentukan kebenaran atau kepalsuan aduan itu dan melaporkan kepadanya hasil siasatan itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.