ENAKMEN 5 TAHUN 1990
ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM 1990

BAHAGIAN IX - PENALTI



Seksyen 134. Hukuman yang tiada ditentukan.

(1) Seseorang yang melakukan kesalahan terhadap mana-mana peruntukan Enakmen ini atau mana-mana kaedah-kaedah yang diperbuat di bawah Enakmen ini yang mana hukumannya tidak diperuntukkan dengan nyata adalah melakukan suatu kesalahan dan menakala sabit kesalahannya hendaklah dihukum denda tidak lebih daripada lima ratus ringgit atau penjara selama tidak lebih daripada tiga bulan atau kedua-duanya sekali.

(2) Hukum penjara boleh dijatuhkan jika denda yang dikenakan di bawah Enakmen ini tidak dibayar tetapi hukum penjara itu tidak boleh lebih daripada separuh daripada hukuman kesalahan itu atau tujuh hari jika kesalahan itu boleh diseksa dengan denda sahaja.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.