ENAKMEN 12 TAHUN 1986
ENAKMEN PENTADBIRAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM 1986

BAHAGIAN III - MAHKAMAH SYAR'IAH
Prosedur Apil Jenayah



Seksyen 36. Prosedur apil jenayah.

(1) Sesiapa yang tidak puas hati dengan keputusan, hukuman, atau perintah yang dibuat oleh Mahkamah Rendah Syar'iah dalam mana-mana prosiding jenayah di bawah Enakmen ini di mana dia adalah satu pihak bolehlah membuat apil kepada Mahkamah Tinggi Syar'iah terhadap keputusan, hukuman, atau perintah itu berhubung dengan apa-apa kesalahan di segi undang-undang atau fakta atau atas alasan bahawa sesuatu hukuman itu berlebihan berat atau tidak mencukupi, dengan memasukkan atau menyerahkan satu notis apil kepada Mahkamah yang keputusannya diapil, yang dialamatkan kepada Mahkamah Tinggi Syar'iah, dan dengan menjelaskan fee apil yang ditetapkan.

(2) Notis apil hendaklah dimasukkan atau diserahkan dalam tempoh empat belas hari daripada tarikh keputusan, hukuman, atau perintah itu dijatuhkan atau dibuat, melainkan jika tempoh empat belas hari itu dilanjutkan atas permohonan kepada Mahkamah Tinggi Syar'iah.

(3) Tiap-tiap notis apil hendaklah mengandungi alamat di mana apa-apa notis atau suratan berhubung dengan apil boleh diserahkan kepada pihak yang membuat apil atau kepada peguamnya.

(4) Apabila notis apil telah dimasukkan atau diserahkan, Mahkamah yang k putusannya diapil hen-daklah menyediakan satu salinan yang bertandatangan alasan-alasan keputusan dalam kes yang berkenaan dan hendaklah mempastikan supaya diserahkannya kepada pihak yang membuat apil atau peguamnya dengan meninggalkan salinan itu di alamat yang ternyata di dalam notis apil atau menghantarnya dengan pos berdaftar kepada pihak yang membuat apil atau peguamnya di alamat tersebut.

(5) Dalam masa empat belas hari selepas salinan alasan-alasan keputusan telah diserahkan seperti diperuntukkan dalam subseksyen (4), pihak yang membuat apil hendaklah memasukkan atau menyerahkan kepada Mahkamah yang keputusannya diapil satu petisyen apil yang dialamatkan kepada Mahkamah Tinggi Syar'iah.

(6) Jika pihak yang membuat apil, dalam masa yang diperuntukkan di bawah subseksyen (2) untuk memasukkan atau menyerahkan notis apilnya, telah memohon satu salinan catatan keterangan yang dirakamkan oleh Mahkamah yang keputusannya diapil semasa prosiding dijalankan dia hendaklah memasukkan petisyen apilnya seperti yang tersebut di bawah subseksyen (5)-

mengikut mana masa yang lebih panjang.

(7) Tiap-tiap petisyen apil hendaklah menyatakan dengan ringkas akan isi hukuman yang diapil dan hendaklah mengandungi butir-butir yang tepat akan perkara undang-undang atau fakta yang bersangkut dengannya Mahkamah yang keputusannya diapil itu dikatakan telah membuat kesilapan.

(8) Jika pihak yang membuat apil berada di dalam penjara, dia hendaklah dianggap telah mematuhi kehendak-kehendak seksyen ini jika dia memberi kepada pegawai yang menjaga penjara, sama ada dengan lisan atau bertulis, notis apil dan butir-butir yang dikehendaki dimasukkan ke dalam petisyen apil dalam masa yang ditetapkan oleh seksyen ini dan menjelaskan fee apil yang ditetapkan; dan pegawai itu hendaklah serta-merta memanjangkan notis dan petisyen itu ataupun maksudnya bersama-sama dengan fee apil kepada Mahkamah di mana perbicaraan telah dijalankan.

(9) Jika apil dibuat oleh pihak pendakwa fee apil adalah dikecualikan.

(10) Jika petisyen apil tidak dimasukkan atau diserahkan dalam masa yang ditetapkan oleh seksyen ini, apil itu hendaklah dianggap sebagai telah ditarik balik dan Mahkamah di mana perbicaraan telah dijalankan hendaklah melaksanakan hukuman atau perintahnya, jika penggantungan pelaksanaan telah diberi, tetapi tiada apa-apa yang dinyatakan itu boleh dianggap sebagai menghadkan atau mengurangkan kuasa-kuasa yang diberi kepada Mahkamah Tinggi Syar'iah oleh seksyen 38.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.