ENAKMEN 7 TAHUN 1991
ENAKMEN ACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH (NEGERI MELAKA) 1991

BAHAGIAN XXI - SAMAN PENGHUTANG PENGHAKIMAN DAN SEBAGAINYA



Seksyen 161. Saman penghutang penghakiman.

(1) Tertakluk kepada subseksyen (2) seorang pemiutang penghakiman boleh, memanggil mana-mana orang yang boleh diperiksa di bawah bahagian ini melalui saman (disebut sebagai saman penghutang penghakiman) mengikut Borang 19 yang ditetapkan. Saman itu hendaklah diserahkan ke atas dirinya tidak kurang daripada 7 hari genap sebelum hari yang ditetapkan untuk prosiding kecuali jika Mahkamah memerintah sebaliknya.

(2) Dalam mana-mana kes di bawah seksyen 133 tiada saman penghutang penghakiman boleh dikeluarkan kecuali dengan izin yang diberi mengikut seksyen itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.