ENAKMEN 4 TAHUN 1996
ENAKMEN ACARA JENAYAH SYARIAH (NEGERI PULAU PINANG) 1996

BAHAGIAN V - PROSIDING DALAM PENDAKWAAN
BAB 5 - PERUNTUKAN-PERUNTUKAN AM BERKENAAN DENGAN PERBICARAAN



Seksyen 106. Kes pendakwaan hendaklah diterangkan oleh Mahkamah kepada tertuduh yang tidak dibela.

(1) Dalam tiap-tiap perbicaraan jika dan apabila Mahkamah memanggil tertuduh untuk membela dirinya Mahkamah hendaklah, jika tertuduh tidak diwakili oleh Peguam Syarie, memberitahunya tentang haknya untuk mengangkat sumpah dan kesannya atau haknya memberi keterangan untuk dirinya, dan jika ia memilih untuk memberi keterangan untuk dirinya, hendaklah menarik perhatiannya kepada soal-soal utama dalam keterangan pendakwaan terhadapnya supaya dia mempunyai peluang untuk menjelaskannya.

(2) Kegagalan seseorang tertuduh dalam mana-mana perbicaraan untuk memberi keterangan tidaklah boleh dijadikan suatu bahan teguran yang memburukkan oleh pendakwaan.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.