ENAKMEN 4 TAHUN 1994
ENAKMEN MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN 1994

BAHAGIAN III - HARTABENDA-HARTABENDA AMANAH DAN KEWANGAN MAJLIS
KUMPULAN WANG PENTADBIRAN AM DAN KUMPULAN WANG ZAKAT DAN FITRAH



Seksyen 71. Bantuan pengajian.

(1) Majlis bolehlah membiayai, membantu atau memberi pinjaman untuk tujuan pengajian atau penyelidikan ilmiah atau kepakaran, sama ada di dalam atau di luar Negeri.

(2) Majlis boleh membuat peraturan-peraturan mengenai skim pembiayaan, pinjaman atau bantuan untuk tujuan yang disebut dalam subseksyen (1).




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.