ENAKMEN 12 TAHUN 1986
ENAKMEN PENTADBIRAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM 1986

BAHAGIAN III - MAHKAMAH SYAR'IAH
Waran Tangkap



Seksyen 77. Prosedur atas penangkapan orang yang terhadapnya waran dikeluarkan.

(1) Apabila waran tangkap dilaksanakan di luar kawasan bidangkuasa Mahkamah yang mengeluarkannya, orang yang ditangkap itu hendaklah, kecuali cagaran diambil di bawah seksyen 73, dibawa di hadapan Qadi yang berdekatan.

(2) Qadi itu hendaklah, jika orang yang ditangkap ialah seorang yang dimaksudkan oleh Mahkamah yang mengeluarkan waran itu, mengarahkan pemindahannya di bawah jagaan kepada Mahkamah yang dinamakan di dalam waran itu, tetapi jika orang yang ditangkap itu bersedia dan sanggup memberi bon yang memuaskan Qadi itu ataupun arahan telah tercatat di bawah seksyen 73 di atas waran dan orang itu bersedia dan sanggup memberi cagaran yang dikehendaki oleh arahan itu, Mahkamah hendaklah menerima bon atau cagaran itu, mengikut mana yang berkenaan, dan memanjangkan bon itu kepada Mahkamah yang dinamakan di dalam waran itu.

(3) Tiada apa-apa di dalam seksyen ini boleh dianggapkan sebagai menghalang seseorang pegawai polis daripada mengambil cagaran di bawah seksyen 73.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.