ENAKMEN 1 TAHUN 1991
ENAKMEN PENTADBIRAN HUKUM SYARA' NEGERI SEMBILAN 1991

BAHAGIAN II
MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI SEMBILAN



Seksyen 21. Cuti.

Pengerusi hendaklah, jika dia menjangka tidak akan berada di Negeri Sembilan selama lebih daripada tiga puluh hari, memohon cuti daripada Yang di-Pertuan Besar yang akan memberi apa-apa arahan sebagaimana Baginda fikirkan patut, dan ahli-ahli yang lain dan Setiausaha hendaklah memohon cuti daripada Pengerusi:

Dengan syarat bahawa seksyen ini hendaklah tidak terpakai kepada ahli-ahli yang dilantik di bawah perenggan (c), (d), (e) dan (f) subseksyen (1) seksyen 5.






Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.