ENAKMEN 9 TAHUN 1983
ENAKMEN ACARA JENAYAH SYARIAH 1983

BAHAGIAN V - DARIHAL RAYUAN DAN PENYEMAKAN
BAB XIX - TINDAKAN MENGENAI BEBERAPA KESALAHAN-KESALAHAN BERKENAAN PENTADBIRAN KEADILAN



Seksyen 160. Prosedur mengenai kesalahan dilakukan di hadapan Mahmakah.


Apabila sesuatu kesalahan yang disebutkan di dalam seksyen 164 telah dilakukan di dalam pandangan atau di hadapan Mahkamah Qadhi, Mahkamah itu boleh mengarahkan orang itu ditahan dan pada bila-bila masa sebelum penangguhan Mahkamah hari itu boleh, jika difikir patut, membicarakan kesalahan itu dan menghukumkan pesalah dengan denda tidak lebih daripada lima puluh ringgit atau jika denda tidak dibayar, dipenjarakan selama tempoh hingga dua bulan, melainkan denda itu dibayar lebih dahulu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.