ENAKMEN 6 TAHUN 1985
ENAKMEN PENTADBIRAN MAHKAMAH SYARIAH 1985

BAHAGIAN IV - PERATURAN AM



Seksyen 23. Peraturan bersaling dengan lain-lain Negeri.

(1) Jika Hakim Mahkamah Rendah Syariah di bawah peruntukan mana-mana Enakmen yang sedang berkuatkuasa dalam Negeri-Negeri yang disenaraikan dalam Jadual Pertama telah mengeluarkan saman menghendaki mana-mana orang supaya hadir di hadapan mana-mana Mahkamah Syariah dalam Negeri itu dan orang itu dipercayai ada dalam Negeri Melaka, maka Hakim Mahkamah Rendah Syariah bolehlah mengendorskan saman dengan namanya dan saman itu bolehlah disampaikan kepada orang yang tersebut seolah-olah saman itu dikeluarkan oleh Mahkamah di bawah peruntukan Enakmen ini.

(2) Di mana Hakim Mahkamah Rendah Syariah di bawah peruntukan mana-mana undang-undang bertulis yang berkuatkuasa dalam mana-mana Negeri yang disenaraikan dalam Jadual Pertama telah mengeluarkan saman menghendaki mana-mana orang hadir di hadapan mana-mana Mahkamah Syariah dalam Negeri itu dan orang itu dipercayai ada dalam Negeri Melaka, mana-mana Pendaftar atau Hakim Mahkamah Rendah Syariah dalam Negeri Melaka bolehlah mengendors saman dengan namanya dan saman itu bolehlah disampaikan kepada orang yang tersebut seolah-olah saman itu dikeluarkan oleh Mahkamah di bawah peruntukan Enakmen ini.

(3) Yang di-Pertuan Agong bolehlah dengan perintah yang disiarkan dalam Warta, menambah, memotong atau meminda Jadual Pertama.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.