ENAKMEN 8 TAHUN 2006
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH 2006

BAHAGIAN III - PENGEMUKAAN DAN KESAN KETERANGAN
Bab 3 - Pemeriksaan saksi



Seksyen 93. Pemeriksaan balas orang yang dipanggil untuk mengemukakan apa-apa dokumen

Seseorang yang disaman supaya mengemukakan sesuatu dokumen tidaklah menjadi seorang saksi semata-mata oleh sebab dia mengemukakan dokumen itu, dan dia tidak boleh diperiksa balas melainkan jika dan sehingga dia dipanggil sebagai saksi.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.