ENAKMEN 8 TAHUN 1990
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH 1989

BAHAGIAN I - PERKAITAN
Bab II - QARINAH



Seksyen 6. Nyataan yang menjadi sebahagian urusan.

Walaupun nyataan tidak menjadi soal tetapi jika ia mempunyai hubungan dengan suatu nyataan yang menjadi soal hingga menjadi sebahagian daripada urusan itu juga maka nyataan itu adalah qarinah.

MISALAN

"A" dituduh memukul isterinya "B".

Apa-apa yang diperkatakan atau dibuat oleh "A" atau "B" orang yang berhampiran pada masa "B" dipukul itu atau sejurus sebelum atau kemudian daripadanya adalah menjadi qarinah sebagai sebahagian urusan.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.