ENAKMEN 4 TAHUN 1996
ENAKMEN ACARA JENAYAH SYARIAH (NEGERI PULAU PINANG) 1996

BAHAGIAN VII - PERUNTUKAN TAMBAHAN
BAB 7 - PEMINDAHAN KES-KES JENAYAH



Seksyen 204. Permohonan untuk pemindahan mesti disokong oleh afidavit.

(1) Setiap permohonan untuk menjalankan kuasa yang diberikan oleh 203 hendaklah dibuat melalui usul yang hendaklah disokong oleh afidavit.

(2) Setiap permohonan itu hendaklah dibuat sebelum perbicaraan mengenai kesalahan itu tamat.

(3) Setiap orang tertuduh yang membuat apa-apa permohonan tersebut hendaklah memberi kepada Ketua Pendakwa Syarie notis permohonan secara bertulis, bersama dengan salinan alasan-alasan bagi permohonan itu, dan perintah tidak akan dibuat atas merit permohonan itu melainkan jika sekurang-kurangnya dua puluh empat jam telah berlalu antara pemberian notis tersebut dengan pendengaran permohonan itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.