ENAKMEN 6 TAHUN 2004
ENAKMEN KELUARGA ISLAM (PERAK) 2004
BAHAGIAN III - PENDAFTARAN PERKAHWINAN
Seksyen 29. Buku dan Daftar hendaklah disimpan mengenai semua perkahwinan
Tiap-tiap Pendaftar hendaklah menyimpan suatu Daftar Perkahwinan dan buku-buku sebagaimana yang ditetapkan oleh Enakmen ini atau oleh kaedah-kaedah yang dibuat di bawah Enakmen ini, dan tiap-tiap perkahwinan yang diakadnikahkan dalam Negeri Perak Darul Ridzuan hendaklah didaftarkan dengan sewajarnya oleh Pendaftar dalam Daftar Perkahwinannya.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.