ENAKMEN 1 TAHUN 1990
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH 1990
BAHAGIAN II - MENGENAI BUKTI
BAB 5 - KETERANGAN DOKUMENTAR
Dokumen Awam.
Seksyen 57. Dokumen awam.
Dokumen yang berikut adalah dokumen awam-
(a)
dokumen yang mengandungi tindakan atau rekod tindakan-
(i) kuasa pemerintah;
(ii) badan rasmi dan tribunal; dan
(iii) pegawai awam dari badan perundangan, kehakiman dan eksekutif sama ada bagi Persekutuan, atau bagi mana-mana Negeri di dalam Persekutuan atau negara asing; dan
(b)
rekod awam yang disimpan dalam Malaysia mengenai dokumen persendirian.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.