ENAKMEN 7 TAHUN 1991
ENAKMEN KANUN PROSEDUR MAL SYARIAH SELANGOR 1991

BAHAGIAN II - BENTUK PROSIDING



Seksyen 5. Tajuk dan nota kaki.

(1) Tiap-tiap prosiding atau dokumen hendaklah mempunyai tajuk seperti di dalam borang yang ditetapkan.

(2) Tiap-tiap dokumen yang difail di Mahkamah, kecuali wakalah perlantikan, penukaran atau pelepasan Peguam Syarie, dan tiap-tiap notis yang disampaikan di dalam mana-mana prosiding hendaklah mempunyai nota kaki yang mengandungi butir-butir pihak atau orang oleh atau bagi pihak siapa ianya difailkan dan hendaklah menyatakan alamatnya untuk penyampaian seperti diperuntukkan selepas ini.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.