ENAKMEN 4 TAHUN 1994
ENAKMEN MAHKAMAH SYARIAH 1993


JADUAL
JADUAL
(Seksyen 27)

KUASA TAMBAHAN MAHKAMAH

1. Penggantungan perbicaraan.

Kuasa untuk menggantungkan sebarang perbicaraan itu telah dbuat di dalam daerah di mana--
2. Pemindahan perbicaraan.

Kuasa, apabila dipohon atau atas usulnya sendiri, memindahkan sebarang perbicaraan kepada Mahkamah Rendah Syariah lain.

3. Penyerahan.

Kuasa tertakluk kepada mana-mana undang-undang bertulis lain, memerintah penyerahan prosesnya di mana-mana tempat atau pada bila-bila masa dan mengikut apa-apa cara dan memerintah supaya penyerahan dianggap telah dilaksanakan dalam masa yang ditentukan.

4. Proses mewajibkan kehadiran.

Kuasa mewajibkan melalui notis yang dialamatkan kepada pegawai yang menjaga penjara untuk mengemukakan kepadanya, mana-mana orang di dalam penjara untuk sebarang maksud.

5. Salinan pejabat salinan sah.

Kuasa mengeluarkan dan menggunakan untuk sebarang maksud salinan pejabat atau salinan sah mana-mana prosiding di dalam Mahkamah itu dan menerima mana-mana salinan pejabat atau salinan sah yang dikeluarkan oleh Mahkamah yang lain.

6. Kos.

Budibicara untuk memerintahkan kos prosiding yang termasuk prosiding yang telah digantungkan, tertakluk kepada mana-mana peruntukan undang-undang bertulis sebaliknya.

7. Perlaksanaan.

(1) Kuasa kepada pegawai Mahkamah yang diberikuasa secara khusus oleh Ketua Hakim Syarie untuk memasuki mana-mana rumah atau premis bagi maksud penyiasatan dan dalam melaksanakan mana-mana perintah perlaksanaan dan kuasa memecahkan mana-mana peti besi, almari atau kotak-kotak lain yang terdapat di dalam rumah atau premis tersebut.

(2) Kuasa untuk memeriksa mana-mana orang mengenai hartanya atau harta orang lain atau mengenai pelupusan mana-mana harta tersebut.

(3) Kuasa mengenai perlaksanaan sesuatu perintah tahan harta sebelum hukuman dan kuasa mengenakan had-had dan syarat-syarat mengenai pengurusan, ganti-rosak dan pampasannya.

8. Masa.

Kuasa melanjut atau memendekkan masa yang ditetapkan oleh mana-mana undang-undang bertulis lain berkenaan melakukan sesuatu perbuatan atau mengambil apa-apa tindakan, sungguhpun tiada permohonan untuk maksud demikian dibuat dalam tempoh masa yang ditetapkan.

9. Fee.

Kuasa mengenakan apa-apa bayaran dan menentukan apa-apa fee mengenai apa-apa tindakan Mahkamah di bawah dan menurut Enakmen ini.

10. Penghinaan Mahkamah.

Kuasa untuk menghukum apa-apa tindakan, ketinggalan atau perbuatan yang disifatkan sebagai Penghinaan Mahkamah.



Diluluskan di dalam Dewan Undangan Negeri pada 10 Jamadilakhir 1414 bersamaan 24 November 1993.
HAJI SULAIMAN BIN HAJI DAUD,
Setiausaha, Dewan Undangan Negeri,
Kedah Darul Aman

[PSU(K) 598/1399 Jld. 2; PUN(K) 5/93.]




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.