ENAKMEN 1 TAHUN 1980
ENAKMEN KAWALAN DAN SEKATAN PENGEMBANGAN AGAMA BUKAN ISLAM 1980


Seksyen 2. Tafsiran.

(1) Dalam Enakmen ini -

"Negeri" ertinya Negeri Terengganu;

"pegawai bertauliah" ertinya pegawai awam yang ditauliahkan di bawah seksyen 10 supaya menjalankan kuasa-kuasa pegawai bertauliah di bawah Enakmen ini ;

"terbitan" ertinya apa-apa buku, majalah, pamflet, risalah,atau apa-apa bahan bacaan lain, sama ada dicetak, ditaip, ditulis tangan, atau dikeluarkan dengan apa-apa cara lain, dan apa-apa bentuk keluar ulangannya, dan termasuklah apa-apa bahan rakam suara;

"agama bukan islam" ertinya agama Kristian, Hindu, Budha, Sikh, Yahudi, atau apa-apa variasi, versi, bentuk, atau cabang mana-mana agama tersebut, dan termasuklah apa-apa pegangan, ideologi, falsafah, atau apa-apa kumpulan atau sistem amalan atau penunaian, yang mana salah satu daripada sifat-sifatnya ialah penyembahan sesuatu wujudan atau kuasa spiritual atau sakti, sama ada benar-benar ada atau disangka ada, atau yang mengakui bahawa tujuannya atau salah satu daripada tujuan-tujuannya ialah pencapaian kebijaksanaan spiritual, keselamatan spiritual, atau kewujudan spiritual, iaitu sesuatu pegangan, ideologi, falsafah, atau kumpulan atau sistem amalan atau penunaian yang tidak diakui oleh agama Islam sebagai berunsur Islam.

(2) Bagi maksud Enakmen ini, sesuatu terbitan hendaklah dianggap sebagai terbitan mengenai agama bukan Islam jika ia adalah, atau mengandungi apa yang kepada penganut-penganut atau anggota-anggota agama itu sebagai suatu buku suci atau buku asas, atau salah satu daripada teks-teks penting, agama itu atau jika pada intipatinya ia adalah suatu terbitan yang-
(3) Walaupun sesuatu terbitan itu adalah terbitan mengenai agama bukan Islam dengan sebab ia termasuk di bawah perenggan (a), (b) atau (c) seksyen kecil (2), ia tidaklah menjadi perkara sesuatu kesalahan di bawah enakmen ini jika terbitan itu pada keseluruhanya adalah untuk kepentingan atau bagi faedah agama Islam atau kepentingan atau faedah umat Islam sebagai umat Islam.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.