ORDINAN 41 TAHUN 2001
ORDINAN MAJLIS ISLAM SARAWAK, 2001

BAHAGIAN II - MAJLIS ISLAM SARAWAK
Penubuhan, Kuasa-kuasa, dsb., Majlis



Seksyen 3. Penubuhan Majlis.

(1) Maka hendaklah ada suatu badan yang dinamai "MajIis Islam Sarawak" untuk membantu dan menasihati Yang di-Pertuan Agong dalam perkara-perkara yang berhubungan dengan agama Islam di dalam Negeri, kecuali perkara-perkara mengenai Undang-Undang Islam dan undang-undang yang berhubungan dengan pentadbiran keadilan, dan untuk menjalankan apa-apa kuasa dan tugas yang diberikan oleh Ordinan Ini.

(2) Apabila seksyen ini mula berkuat kuasa, "Majlis Islam", yang wujud menurut kuasa seksyen 3 Ordinan dimansuhkan, hendaklah disifatkan sebagai Majlis yang disebut dalam subseksyen (1).




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.