ENAKMEN 3 TAHUN 1991
ENAKMEN PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM 1991
BAHAGIAN II - MAJLIS UGAMA ISLAM DAN ADAT RESAM MELAYU PAHANG
Seksyen 22. Peraturan mesyuarat dan pengundian.
(1) Pengerusi mesyuarat hendaklah menetapkan tertib perkara-perkara yang hendak dimesyuaratkan.
(2) Pengerusi mesyuarat boleh menentukan tertib ahli-ahli yang hendak bercakap dalam mesyuarat dan boleh pada bila-bila masa menghendaki mana-mana ahli berhenti daripada bercakap dalam mesyuarat.
(3) Jika berlaku persamaan undi bagi apa-apa keputusan, pengerusi mesyuarat hendaklah mempunyai undi pemutus.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.