ENAKMEN 8 TAHUN 1983
ENAKMEN KELUARGA ISLAM 1983

BAHAGIAN V - HADHANAH ATAU PENJAGAAN KANAK-KANAK



Seksyen 80. Perlantikan penjaga-penjaga oleh Mahkamah.

(1) Jika tidak ada penjaga-penjaga mengikut undang-undang, maka kewajipan bagi melantik seorang untuk memperlindungi dan memelihara harta kanak-kanak itu adalah terletak ke atas Mahkamah dan pada membuat perlantikan itu Mahkamah hendaklah terutama sekali memberi pertimbangan kepada kebajikan kanak-kanak itu.

(2) Pada menimbangkan apakah yang akan menjadi kebajikan bagi kanak-kanak itu, Mahkamah hendaklah mengambil perhatian tentang umur dan jantina kanak-kanak itu, watak dan kebolehan penjaga yang dicadangkan itu dan bagaimana karibnya persaudaraan dengan kanak-kanak itu, kemahuan-kemahuan, jika ada, ibu bapanya yang telah mati, dan apa-apa hubungan penjaga yang dicadangkan itu yang sedia ada dan yang dahulu dengan kanak-kanak itu atau dengan hartanya, dan jika kanak-kanak itu telah mencapai umur membolehkannya untuk membuat sesuatu pilihan yang bijak, maka Mahkamah boleh menimbangkan pilihannya itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.