ENAKMEN 3 TAHUN 1989
ENAKMEN ACARA JENAYAH SYARIAH 1988

BAHAGIAN I - PERMULAAN
Bab I



Seksyen 2. Tafsiran.

(1) Dalam Enakmen ini, melainkan jika kandungan ayatnya menghendaki makna yang berlainan :

"Jenayah" ertinya jenayah syariah sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Enakmen ini, Undang-undang Pentadbiran Agama Islam 1962, Enakmen Keluarga Islam 1979 dan Enakmen Kanun Jenayah Syariah 1988;

"Kerajaan" ertinya Kerajaan Negeri Kedah Darulaman;

"Mahkamah" mempunyai erti yang sama yang diberi kepadanya di bawah seksyen 2 Enakmen Mahkamah Syariah 1983;

"Mahkamah Rayuan" mempunyai erti yang sama yang diberi kepadanya di bawah Enakmen Mahkamah Syariah 1983;

"Majlis" ertinya Majlis Agama Islam Negeri Kedah Darulaman yang ditubuhkan di bawah seksyen 4 Undang-undang Pentadbiran Agama Islam 1962;

"Negeri" ertinya Negeri Kedah Darulaman;

"Pegawai Masjid" mempunyai erti yang sama yang diberi kepadanya di bawah Undang-undang Pentadbiran Agama Islam 1962;

"Peguam" mempunyai erti yang sama yang diberi kepadanya di bawah Enakmen Mahkamah Syariah 1983;

"Peguam Syar'i" ertinya peguam yang ditubuhkan di bawah seksyen 8 (3) Enakmen Mahkamah Syariah 1983;

"Pengarah Pendakwa" ertinya Penasihat Undang-undang Negeri Kedah Darulaman;


"Penghulu" mempunyai erti yang sama yang diberi kepadanya di bawah Undang-undang Pentadbiran Agama Islam 1962;

"Penyelia Agama" ertinya penyelia bagi guru kelas khas Al-Quran dan Tajwid;

"Kadi" mempunyai erti yang sama yang diberi kepadanya di bawah Enakmen Mahkamah Syariah 1983;

"Kadi Besar" mempunyai erti yang sama yang diberi kepadanya di bawah Enakmen Mahkamah Syariah 1983;

(2) Semua perkataan, perbahasaan, takrifan dan rangkaikata yang digunakan di dalam Enakmen ini tetapi tidak ditakrifkan dengan tertentu di dalamnya maka hendaklah disifatkan mempunyai erti yang diberi kepadanya dalam Akta Tafsiran 1967.

(3) Jika timbul sebarang persoalan atau pertikaian dalam mentafsir sesuatu perkataan, perbahasaan dan rangkaikata mengenai Hukum Syarak maka adalah dalam bidangkuasa Mahkamah yang membicarakan kes itu untuk memberi takrifan kepada perkataan, perbahasaan dan rangkaikata sedemikian itu.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.