ENAKMEN 7 TAHUN 2002
ENAKMEN TATACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH 2002
BAHAGIAN XIII - PENYELESAIAN, PENARIKAN BALIK DAN PEMBERHENTIAN
Seksyen 95. Penarikan balik tuntutan.
(1)
Plaintif boleh, dengan kebenaran Mahkamah, pada bila-bila masa sebelum penghakiman, menarik balik mana-mana prosiding keseluruhannya atau sebahagiannya dengan memberikan notis dalam Borang MS 19 kepada Mahkamah dan menyampaikan satu salinan notis itu kepada defendan.
(2) Jika plaintif menarik balik mana-mana prosiding di bawah subseksyen (1),
defendan berhak mendapat kos prosiding itu.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.