ORDINAN 8 TAHUN 1991
ORDINAN KANUN ACARA JENAYAH SYARIAH 1991

BAHAGIAN IV - PROSIDING PENDAKWAAN
BAB VIII
Darihal Aduan kepada Hakim



Seksyen 76. Menolak aduan.

(1) Hakim yang di hadapannya sesuatu aduan dibuat boleh menolak aduan itu jika, setelah memeriksa pengadu itu dan mencatatkan pemeriksaan dan menimbangkan hasil siasatan itu, jika ada, yang dibuat di bawah seksyen terdahulu daripada seksyen ini yang pada pendapatnya tiada alasan yang mencukupi untuk diadakan prosiding.

(2) Hakim, jika dia menolak aduan itu, hendaklah mencatatkan sebab-sebab dia berbuat demikian.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.