ENAKMEN 8 TAHUN 2004
ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM 2004

BAHAGIAN III - PENDAFTARAN PERKAHWINAN



Seksyen 28. Pelantikan Ketua Pendaftar, Timbalan dan Penolong Pendaftar Perkahwinan, Perceraian, dan Ruju' Orang Islam

(1) Yang di-Pertua Negeri boleh melantik mana-mana pegawai awam yang berkelayakan untuk menjadi Ketua Pendaftar Perkahwinan, Perceraian, dan Ruju' Orang Islam bagi maksud-maksud Enamen ini, yang mana adalah berkuasa menjalankan penyeliaan dan kawalan ke atas Pendaftar-pendaftar dan pendaftaran perkahwinan, perceraian, dan ruju' di bawah Enakmen ini.

(2) Yang di-Pertua Negeri boleh melantik beberapa orang yang berkelayakan sebagaimana yang perlu, untuk menjadi Pendaftar Kanan, Pendaftar atau Penolong Pendaftar Perkahwinan, Perceraian, dan Ruju' Orang Islam bagi mana-mana kariah masjid dalam Negeri Sabah sebagaimana yang ditentukan dalam pelantikan itu.

(3) Yang di-Pertua Negeri boleh, melalui pemberitahuan dalam Warta, melantik mana-mana anggota staf diplomatik Malaysia di mana-mana negara untuk menjadi Pendaftar Perkahwinan, Perceraian, dan Ruju' Orang Islam bagi maksud-maksud Enakmen ini di negara itu.

(4) Tiap-tiap orang yang dilantik di bawah subseksyen (2) yang bukan pegawai awam hendaklah disifatkan sebagai pegawai awam bagi maksud-maksud Kanun Keseksaan [Akta 574].




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.