ENAKMEN 7 TAHUN 1999
ENAKMEN WAKAF (NEGERI SELANGOR) 1999
BAHAGIAN VII - JAWATANKUASA PENGURUSAN WAKAF
Seksyen 24. Kuasa Jawatankuasa Pengurusan Wakaf.
Jawatankuasa Pengurusan Wakaf hendaklah mempunyai kuasa-kuasa berikut-
(a)
untuk menjalankan apa-apa arahan, dasar, ketetapan dan keputusan yang dibuat oleh Majlis berhubungan dengan apa-apa mawquf;
(b)
untuk mengawalselia, mengatur, mengurus dan mentadbir mawquf;
(c)
untuk membangun, memaju dan meningkatkan mawquf;
(d)
untuk mentadbir Kumpulan Wang Wakaf; dan
(e)
untuk menjalankan apa-apa kuasa lain atau fungsi yang diperuntukkan di bawah Enakmen ini atau sebagaimana yang diarahkan oleh Majlis dari semasa ke semasa.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.