ENAKMEN 9 TAHUN 1993
ENAKMEN PROSEDUR MAL SYARIAH 1993

BAHAGIAN VI - PENYAMPAIAN



Seksyen 42. Kes khas.

(1) Penyampaian kepada mana-mana orang yang tidak berkeupayaan hendaklah dibuat kepada penjaga ad litemnya jika ada, atau kepada orang yang dengannya orang yang tidak berkeupayaan itu tinggal atau di bawah jagaannya. Mahkamah boleh memerintahkan bahawa penyampaian kepada orang yang tidak berkeupayaan itu hendaklah disifatkan sebagai penyampaian yang sempurna.

(2) Penyampaian kepada seorang banduan di dalam penjara hendaklah dibuat kepada pegawai yang menjaga penjara itu yang hendaklah menyampaikan kepada banduan tersebut.

(3) Penyampaian kepada mana-mana anggota Angkatan Tentera adalah sempurna jika dibuat kepada pegawai pemerintah atau ajutan unitnya yang hendaklah menyampaikannya pula kepada anggota tersebut.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.