ORDINAN 41 TAHUN 2001
ORDINAN MAJLIS ISLAM SARAWAK, 2001

BAHAGIAN XI - PEMANSUHAN, PERKECUALIAN DAN PERUNTUKAN PERALIHAN



Seksyen 86. Pemindahan harta.

(1) Tertakluk kepada Ordinan ini, segala tanah yang sebelum sahaja tarikh ditetapkan adalah terletak hak pada atau dirizabkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan tanah bagi maksud Majlis terdahulu hendaklah, pada tarikh ditetapkan, terletak hak pada, atau disifatkan dirizabkan bagi maksud, Majlis yang ditubuhkan di bawah Ordinan ini.

(2) Tertakluk kepada Ordinan ini dan kepada apa-apa arahan Menteri, segala harta dan aset selain tanah yang sebelum sahaja tarikh ditetapkan telah terletak hak pada Majlis terdahulu atau pada mana-mana orang bagi pihak Majlis terdahulu hendaklah pada tarikh ditetapkan terletak hak pada Majlis yang ditubuhkan di bawah Ordinan ini tanpa apa-apa pindah hak, serah hak atau pindahan.

(3) Adalah dengan ini ditetapkan bahawa mana-mana harta yang sebelum sahaja 17 Disember 1954 telah digunakan bagi maksud-maksud yang selepas tarikh tersebut menjadi maksud-maksud Majlis terdahulu hendaklah pada tarikh ditetapkan terletak hak pada MajIis yang ditubuhkan di bawah Ordinan ini tanpa apa-apa pindah hak, serah hak atau pindahan.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.