ENAKMEN 14 TAHUN 1978
ENAKMEN PENTADBIRAN IGAMA ISLAM 1978

BAHAGIAN V - NIKAH, CERAI DAN RUJUK



Seksyen 112. Pertunangan.

(1) Jika seseorang telah membuat perjanjian pertunangan menurut Hukum Syarak samada dengan lisan atau tulisan, kemudian ia enggan meneruskan perkahwinannya tanpa sebab-sebab yang menasabah, pihak yang enggan itu hendaklah dikenakan membayar mengikut perjanjian dan perkara ini boleh dituntut melalui Mahkamah.

(2) Jika pertunangan itu dituruti dengan akad nikah yang biasa disebut "Nikah-gantung" dan salah satu daripada kedua belah pihak enggan menyempurnakan syarat-syarat yang telah diperbuat pada masa pertunangan, maka segala kerugian boleh dituntut mengikut cara-cara yang disebutkan di dalam seksyen-kecil (1) seksyen ini.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.