ENAKMEN 4 TAHUN 1996
ENAKMEN ACARA JENAYAH SYARIAH (NEGERI PULAU PINANG) 1996

BAHAGIAN III - PERUNTUKAN AM YANG LAIN
BAB 3 - PROSES MAHKAMAH UNTUK MEMAKSA KEHADIRAN
Saman



Seksyen 30. Prosedur bila penyampaian ke diri tidak boleh dilaksanakan.

Jika orang yang disaman tidak dapat dijumpai setelah usaha yang sewajarnya dijalankan dan penyampaian tidak dapat dilaksanakan seperti yang diarahkan di bawah seksyen 29 (3), pegawai penghantar hendaklah menampalkan suatu salinan saman itu di mana-mana tempat yang mudah dilihat di rumah atau tempat lain yang mana orang yang disaman biasanya tinggal, dan dalam hal tersebut saman itu hendaklah disifatkan sebagai telah disampaikan dengan wajarnya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.