ENAKMEN 1 TAHUN 1984
ENAKMEN KELUARGA ISLAM 1979
BAHAGIAN II - PERNIKAHAN
Seksyen 15. Maskahwin dan pemberian.
(1) Maskahwin hendaklah dibayar oleh suami atau wakilnya kepada isteri atau wakilnya semasa pernikahan dan di hadapan dua orang saksi.
(2) Pendaftar hendaklah, mengenai tiap-tiap pernikahan yang hendak didaftarkan olehnya, menentu dan merekodkan
--
(
a
) jumlah maskahwin;
(
b
)
jumlah pemberian;
(
c
)
jumlah apa-apa bahagian maskahwin atau pemberian atau kedua-duanya yang telah dijanjikan tetapi tidak dijelaskan pada masa pernikahan; dan
(
d
)
butir-butir cagaran yang diberi bagi menjelaskan maskahwin atau pemberian.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.