ENAKMEN 10 TAHUN 1988
KAWALAN DAN SEKATAN PENGEMBANGAN AGAMA-AGAMA BUKAN ISLAM 1988


Tajuk Panjang & Mukadimah.
BETA PERKENANKAN,

(RAJA AZLAN MUHIBUDDIN SHAH)
Sultan Perak

(Mohor Kerajaan)
10hb Oktober 1988

Suatu Enakmen untuk mengawal dan menyekat pengembangan iktikad dan kepercayaan-kepercayaan agama bukan Islam di kalangan orang-orang yang menganuti agama Islam.
[ ]

BAHAWASANYA Perkara 11 (4) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa, undang-undang Negeri boleh mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa iktikad atau kepercayaaan agama antara orang-orang yang menganut agama Islam;

DAN BAHAWASANYA adalah sekarang dikehendaki diperbuat suatu undang-undang untuk mengawal dan menyekat pengembangan iktikad dan kepercayaan-kepercayaan agama bukan Islam antara orang-orang yang menganuti agama Islam;

OLEH YANG DEMIKIAN, menurut Perkara 11 (4) Perlembagaan Persekutuan ADALAH DENGAN INI DIPERBUAT oleh kuasa Undang-Undang Negeri Perak seperti berikut:




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.