ORDINAN 41 TAHUN 2001
ORDINAN MAJLIS ISLAM SARAWAK, 2001

BAHAGIAN IV - PELANTIKAN MUFTI DAN PENUBUHAN LEMBAGA FATWA.
Lembaga Fatwa



Seksyen 39. Qaul muktamad yang hendaklah diikuti.

(1) Dalam mengeluarkan apa-apa fatwa di bawah seksyen 37, atau memperakukan pendapat di bawah seksyen 38, Majlis hendaklah pada lazimnya mengikut pendapat-pendapat yang diterima (qaul muktamad) Mazhab Syafie.

(2) Jika Majlis berpendapat bahawa dengan mengikut qaul muktamad Mazhab Syafie itu akan membawa kepada suatu keadaan yang bertentangan dengan kepentingan awam, maka Majlis boleh, dengan keizinan khas Yang di-Pertua Negeri, mengikut qaul muktamad Mazhab Hanafi, Maliki atau Hanbali.

(3) Jika Majlis berpendapat bahawa tiada satu pun qaul muktamad daripada empat Mazhab itu boleh diikuti tanpa membawa kepada suatu keadaan yang bertentangan dengan kepentingan awam, maka Majlis boleh, dengan keizinan khas Yang di-Pertua Negeri, membuat fatwa mengikut hematnya sendiri tanpa terikat dengan qaul muktamad mana-mana satu daripada empat Mazhab itu.

(4) Semasa membuat apa-apa fatwa di bawah subseksyen (2) atau (3), Majlis boleh menerangkan secara terperinci dan dengan memberi apa-apa penjelasan yang diperlukan tentang peruntukan-peruntukan dan prinsip-prinsip yang diikutinya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.