ORDINAN 45 TAHUN 2001
ORDINAN TATACARA JENAYAH SYARIAH, 2001

BAHAGIAN IV - MAKLUMAT KEPADA PEGAWAI-PEGAWAI PENGUATKUASA AGAMA DAN KUASA MEREKA UNTUK MENYIASAT



Seksyen 58. Kuasa untuk menghendaki kehadiran saksi.

(1) Seseorang Pegawai Penguatkuasa Agama yang membuat suatu penyiasatan di bawah Bab ini boleh, melalui perintah bertulis, menghendaki supaya hadir di hadapannya mana-mana orang yang berada di dalam Negeri di mana dia sedang membuat penyiasatan yang, daripada maklumat yang diberikan atau selainnya, didapati mengetahui hal keadaan kes itu, dan orang itu hendaklah hadir sebagaimana yang dikehendaki sedemikian.

(2) Jika mana-mana orang itu enggan hadir sebagaimana yang dikehendaki sedemikian, Pegawai Penguatkuasa Agama itu boleh melaporkan keengganan itu kepada seseorang Hakim yang boleh sesudah itu menurut budi bicaranya mengeluarkan waran tangkap untuk memastikan kehadiran orang itu sebagaimana yang dikehendaki oleh Pegawai Penguatkuasa Agama tersebut.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.