ENAKMEN 12 TAHUN 1994
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH 1994
BAHAGIAN II - MENGENAI BUKTI
BAB 5 - KETERANGAN DOKUMENTAR
Dokumen Awam
Seksyen 57. Dokumen Awam.
Dokumen yang berikut adalah dokumen awam-
(a)
Dokumen yang mengandungi tindakan atau rekod tindakan -
(i) kuasa pemerintah;
(ii) badan rasmi dan badan tribunal; dan
(iii) pegawai awam dari bahagian perundangan, kehakiman dan eksekutif, sama ada bagi Malaysia, atau bagi mana-mana negeri di dalam Malaysia atau negara di luar Malaysia; dan
(b)
rekod awam yang disimpan di Malaysia mengenai dokumen persendirian.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.